← Back to list
Waspada dengan perniagaan online yang gunakan kaedah PM Tepi!
Jul 11, 2019
Berhati-hati dengan perniagaan online yang gunakan kaedah PM Tepi!
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata ia bagi mengelakkan pengguna daripada tertipu dengan tawaran yang diberikan.
Pengguna juga diingatkan supaya selidik dan pastikan perniagaan itu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebagai langkah berjaga-jaga.
Alat pengesan gas yang diberikan kepada 111 buah sekolah di Pasir Gudang sesuai digunakan.
Dakwaan kononnya alat pengesan gas yang diberikan kepada 111 buah sekolah di Pasir Gudang tidak sesuai digunakan adalah tidak benar!
Jelas Jabatan Alam Sekitar Johor, alat itu sesuai digunakan untuk bantu guru bersedia jika bacaan tinggi sebelum dilaporkan kepada pihaknya untuk tindakan lanjut.
Alat itu dipinjamkan ke sekolah berkenaan susulan pencemaran udara yang mengakibatkan lebih 100 pelajar alami sesak nafas dan muntah-muntah.
Rakyat Malaysia lebih percaya kepada media tradisional.
Hasil kaji selidik antarabangsa mendapati, rakyat Malaysia lebih percaya kepada media tradisional seperti akhbar, tv dan radio berbanding sumber berita online.
Ipsos Malaysia berkata kepercayaan itu meningkat sejak 5 tahun lalu daripada 24 kepada 28 peratus terutamanya selepas PRU 2018.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca