← Back to list
Tiada Lagi Baju Lokap Oren Untuk Tahanan SPRM!
Jul 09, 2019
Tiada Lagi Baju Lokap Oren Untuk Tahanan SPRM!
SPRM memutuskan tahanannya tidak perlu lagi pakai baju lokap warna oren.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya memaklumkan, ia kerana pemakaian baju berkenaan dilihat bertentangan dengan prinsip undang-undang.
Ia bermakna tahanan SPRM akan dibenar pakai pakaian sendiri untuk ke mahkamah nanti.
Manakala, gari hanya dipakaikan untuk pesalah agresif dan berisiko.
Remaja 18 Tahun Akan Dibenar Mengundi
"Anak muda yang berumur 18 tahun berhak mengundi dan mereka akan didaftar secara automatik".
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad buat pengumuman itu selesai menyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan semalam.
Usul pendaftaran secara automatik akan disekalikan dalam pembentangan pindaan Perlembagaan bagi menurunkan had umur layak mengundi di Parlimen nanti.
Orang Korea Pun Minat BoBoiBoy
Trailer penuh filem terbaru BoBoiBoy Movie 2 yang dilancarkan hujung bulan lalu sudah menerima 3 juta tontonan di YouTube.
Menariknya, ia bukan hanya ditonton penonton Malaysia, malah juga dapat perhatian di luar negara termasuk Korea Selatan.
BoBoiBoy Movie 2 mula ditayang 8 Ogos ini dan jadi animasi tempatan pertama ditayang serentak di 5 negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca