← Back to list
Protes Jalanan Nanti Bukan Lagi Kesalahan
Jul 05, 2019
Protes Jalanan Nanti Bukan Lagi Kesalahan
Dewan Rakyat meluluskan Pindaan ke atas Akta Perhimpunan Aman 2012.
Ia antaranya bertujuan menjadikan protes jalanan bukan lagi sebagai satu kesalahan!
Turut terkandung dalam pindaan itu ialah pengemukaan notis pemberitahuan kepada pihak berkuasa bagi perhimpunan dipendekkan daripada 10 kepada 5 hari.
Pasangan Warga Emas Terkejut kereta Tertusuk Anak Panah
Sepasang suami isteri warga emas terkejut kereta mereka dipanah semasa berhenti di persimpangan lampu isyarat di Kuantan, Pahang.
Anak panah dilapor tersasar daripada padang latihan sebuah sekolah, namun kes dianggap selesai selepas sekolah mohon maaf dan bayar ganti rugi.
Pihak sekolah juga setuju memberhentikan sementara aktiviti dan latihan sukan itu sehingga mereka pasang jaring keselamatan.
Pencemaran di Pasir Gudang: KKM Pemeriksa Lanjut Mangsa
Kementerian Kesihatan akan buat pemeriksaan lanjut ke atas seorang kanak-kanak yang dilapor menghidap Myokymia di Pasir Gudang.
Pihaknya mahu dapat kepastian sama ada penyakit itu yang menyebabkan anggota badan menggeletar ada kaitan dengan pencemaran toksik di Sungai Kim Kim atau tidak.
Foto: Sinar Harian dan AWANI
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca