← Back to list
Denda bagi perokok yang langgar larangan merokok di restoran tetap bermula Januari depan!
Jun 28, 2019
Tiada lagi penangguhan denda terhadap perokok yang langgar larangan merokok di premis makanan!
Kementerian Kesihatan berkata denda buat pesalah tetap akan dilaksanakan seperti yang ditetapkan bermula 1 Januari depan.
Dalam perkembangan berkaitan, pihaknya telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk kaji isu kawalan terhadap penggunaan rokok elektronik dan vape.
Kerajaan akan bentang usul wajibkan Ahli Parlimen isytihar harta kepada SPRM.
Usul mewajibkan semua Ahli Parlimen isytihar pendapatan dan aset mereka kepada SPRM akan dibentangkan di Parlimen.
Perkara itu disahkan oleh Perdana Menteri sebagai langkah bendung salah guna kuasa dan pengaruh demi kepentingan peribadi.
Setakat ini, 124 Ahli Parlimen dan 79 anggota pentadbiran kerajaan telah mengisytiharkan harta mereka yang dipaparkan kepada umum di portal SPRM.
Jokowi sah menang PILPRES 2019.
Jokowi akhirnya sah menang Pilihan Raya Presiden Indonesia untuk kekal pimpin negara demokrasi ke-3 terbesar di dunia bagi tempoh 2019-2024.
Ini selepas Mahkamah Perlembagaan Indonesia tolak permohonan pencabarnya, Prabowo Subianto yang memfailkan petisyen membantah keputusan pilihan raya itu.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca