← Back to list
Zahid Hamidi mengaku tidak bersalah
Jun 26, 2019
Zahid Hamidi mengaku tidak bersalah
Foto - Harian Metro
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen KL atas tujuh tuduhan rasuah berjumlah lebih RM12 juta.
Beliau didakwa terima suapan itu sebagai dorongan bagi melanjutkan kontrak sebuah syarikat berhubung Sistem Visa Luar Negara.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berdepan dengan 33 lagi pertuduhan sama di Mahkamah Sesyen Shah Alam, esok.
-----
Tiada aliran masuk wang ke dalam akaun Azmin Ali
Foto - Berita Harian
Tiada sebarang transaksi mencurigakan yang dikaitkan dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dengan perbuatan rasuah.
Siasatan SPRM turut mendapati, dakwaan satu akaun pada 2012 yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu juga tidak wujud.
SPRM juga sudah dapatkan pengesahan daripada sebuah syarikat dan bank mengenai dakwaan yang mengaitkan dua entiti itu.
-----
1MDB: Beberapa entiti lain akan difail permohonan melucut hak
Foto - Berita Harian
SPRM sahkan beberapa entiti lain akan difailkan permohonan melucut hak untuk dapatkan semula wang 1MDB yang disalah guna.
Setakat ini SPRM sudah memfailkan permohonan melucut hak terhadap 41 individu dan entiti bagi tujuan mendapatkan semula wang terbabit.
Malah katanya, terdapat responden yang dinamakan pihaknya sudah menghubungi peguam bagi tujuan pemulangan semula wang itu.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca