← Back to list
Kementerian Pendidikan Tak Halang Ibu Bapa Ambil Tindakan Kes Pencemaran Di Pasir Gudang
Jun 25, 2019
Kementerian Pendidikan tidak halang ibu bapa untuk ambil tindakan kepada pihak bertanggungjawab berhubung pencemaran udara di Pasir Gudang.
Ini kerana pihaknya hanya bertanggungjawab di kawasan sekolah, termasuk berkaitan pendidikan serta keselamatan pelajar.
Susulan daripada kes pencemaran terbaru itu, 17 sekolah, 69 tadika serta sebuah IPT ditutup sehingga Khamis ini sebagai langkah berjaga-jaga.
Biar Polis Yang Siasat!
Jabatan Pendidikan Johor serahkan kepada polis, kes seorang guru rotan pelajar perempuan di Skudai.
Ini setelah ibu pelajar terbabit buat laporan polis susulan tindakan guru itu.
Terdahulu, satu rakaman video yang viral, menunjukkan seorang wanita meminta penjelasan daripada seorang guru, kenapa anak perempuannya dirotan sehingga cedera.
Jemaah Menteri Dah Tahu Cadangan Ambil Alih Lebuh Raya
Kajian berhubung cadangan pengambilalihan lebuh raya sudah dibentang dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
Kementerian Kerja Raya berkata pengumuman berhubung perkara itu akan dibuat dalam beberapa minggu lagi.
Terdahulu, Kementerian Kewangan memberitahu kerajaan rancang ambil empat lebuh raya babitkan kos 6.2 billion ringgit untuk kurangkan beban pengguna.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca