← Back to list
Masyarakat perlu berhenti melabel pesakit mental dengan istilah kurang enak.
Jun 19, 2019
Masyarakat perlu berhenti melabel mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental dengan istilah yang kurang enak!
Kementerian Kesihatan berkata ini kerana gelaran sebegitu hanya akan mendorong mereka menjauhi daripada mendapatkan bantuan dan rawatan.
Hasil penyelidikan menunjukkan antara sebab mereka cenderung untuk tidak mendapatkan rawatan adalah takut disisih oleh masyarakat.
JKM telah buka Pusat Penempatan Sementara untuk Orang Asli Kampung Kuala Koh.
Pusat itu ketika ini menempatkan 9 pesakit juga 20 ahli keluarga mereka agar aspek kesihatan dan kebersihan dapat dipantau lebih rapi.
Setakat ini, 15 dilaporkan maut dan lebih 100 dirawat di hospital akibat wabak demam campak di Kuala Koh.
Cyber Security Malaysia diminta analisis video intim yang viral, baru-baru ini.
Polis sudah minta Cyber Security Malaysia analisis video viral yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
Menurut CyberSecurity, pihaknya sedang kenal pasti ketulenan video berkenaan tapi tidak mengulas lanjut kerana kes dalam siasatan polis.
Tempoh analisis juga tidak dapat dipastikan kerana ia bergantung kepada komplesiti sesebuah video.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca