← Back to list
Berita Baik Sempena Hari Bapa
Jun 16, 2019
Berita Baik Sempena Hari Bapa
Para ayah di Malaysia, ada berita baik untuk ada sempena Hari Bapa hari ini.
Kementerian Sumber Manusia umumkan, golongan bapa yang bekerja di sektor swasta mungkin akan turut nikmati cuti sempena isteri bersalin selama 3 hari.
Cadangan tersebut ternyata menggembirakan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WOA)
Malah pihaknya saran ia dijadikan 7 hari sama seperti sektor awam agar suami dapat bantu uruskan rumah tangga memandangkan isteri masih lemah selepas bersalin.
*foto sekadar hiasan (kredit: camara arts photography)
Persekutuan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) turut sambut baik rancangan tersebut asalkan kosnya dibiayai kerajaan.
Ini kerana jika, tidak para majikan perlu tanggung kos lebih RM 150 juta setiap tahun untuk cuti berkenaan.
Perlu Ada Elemen Keibubapaan Dalam Kurikulum Sekolah Memandu
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat saran JPJ terap elemen keibubapaan dalam kurikulum sekolah memandu.
Ia bertujuan meningkatkan pengetahuan para pemandu mengenai keselamatan penumpang kanak-kanak.
*foto sekadar hiasan
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca