← Back to list
Kerajaan Belum Cadang Haramkan Penjualan Vape
Jun 14, 2019
Kerajaan belum bercadang untuk haramkan penjualan rokok elektronik atau vape di negara ini.
Namun Kementerian Kesihatan akan tingkatkan kawalan dan pemantauan bagi memastikan tiada risiko kesihatan mengunakan alat itu.
Pihaknya juga akan rangka rang undang-undang kawalan terhadap alat itu yang akan dibentangkan di parlimen tahun depan.
E-bidding Plat Kenderaan KL Bermula 21 Jun Hingga 25 Jun Ini
Perlaksaan e-bidding plat kenderaan dalam talian akan bermula buat pertama kali pada 21 Jun hingga 25 Jun.
Kementerian Pengangkutan berkata, bidaan melibatkan nombor kenderaan KL bermula dari siri VDN.
Sementara itu, e-bidding yang menawarkan ketelusan permohonan nombor plat kenderaan bagi negeri-negeri lain pula akan dilaksanakan secara berperingkat
Maklumat My Salam Tak Sampai Ke Golongan Sasar
Maklumat yang tidak sampai ke golongan sasar menjadi penyebab individu layak tidak memohon Skim Perlindungan Nasional B40 (mysalam).
Menurut Kementerian Kewangan, masih ramai tidak menyedari kewujudan skim itu meskipun hebahan telah dibuat.
Oleh itu, pihaknya minta pihak lain seperti Majlis Pengurusan Komuniti Kampung lebih agresif menyebarkan maklumat tentang mysalam.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca