← Back to list
Masalah kewangan punca terbesar kes cerai pasangan bukan Islam di Malaysia.
May 26, 2019
Kewangan punca banyak kes cerai!
Foto : Astro Awani
Masalah kewangan merupakan penyebab utama berlakunya kes perceraian pasangan bukan Islam di Malaysia!
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat maklumkan 43 peratus kes perceraian pasangan bukan Islam berpunca daripada masalah kewangan yang turut menyumbang kepada peningkatan kes penderaan kanak-kanak membabitkan golongan ibu.
Hannah Yeoh menjelaskan ia ekoran golongan ini biasanya berasa tertekan kerana hilang punca pendapatan dan cenderung untuk mendera anak mereka.
---
Sekolah digesa tidak buat sebarang aktiviti musim cuti ini
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan gesa sekolah agar tidak adakan sebarang program sepanjang cuti sekolah kali ini!
Setiausaha Agungnya berkata murid-murid telah terbeban dengan kerja sekolah yang banyak sepanjang waktu persekolahan sehingga berada dalam keadaan tertekan.
Jelasnya lagi, ianya bagi membolehkan murid dan guru memanfaatkan cuti mereka bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri nanti.
---
Cadangan bina sistem pemeriksaan sehenti di Bukit Kayu Hitam
Foto : Astro Awani
Kerajaan pusat bercadang untuk bangunkan sistem pemeriksaan sehenti di sempadan negara di Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Ianya bertujuan permudahkan urusan perdagangan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Thailand.
Bagaimanapun, perancangan itu terpaksa ditangguh buat sementara ekoran Thailand masih belum melantik anggota Kabinet baru untuk membincangkan isu berkenaan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca