← Back to list
Rangkuman tajuk berita utama hari ini
May 24, 2019
Foto - skytraxratings
Semua syarikat penerbangan dikehendaki pamerkan harga muktamad bagi tambang tiket, berkuat kuasa 1 Jun ini.
Kementerian Pengangkutan tegaskan harga muktamad perlu diletakkan untuk tujuan pengiklanan, dan juga sewaktu pembelian tiket.
Katanya langkah itu bertujuan untuk hapuskan caj tersembunyi seperti caj pembayaran kad dan yuran pentadbiran.
Foto - Says
Lorong tambah nilai Touch n Go di semua Lebuhraya PLUS akan ditutup bermula 30 Mei sehingga 11 Jun depan.
PLUS berkata, langkah itu bagi memastikan kelancaran trafik sepanjang tempoh musim perayaan ini.
Pihaknya juga telah mengeluarkan jadual waktu cadangan perjalanan kepada pengguna yang ingin pulang ke kampung.
Foto - malaymail
Mahkamah Tinggi KL keluarkan waran tangkap ke atas bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia, Datuk Hasanah Abdul Hamid.
Ini selepas beliau gagal hadir untuk pengurusan kes pecah amanah wang kerajaan berjumlah 50.4 juta ringgit.
Namun, peguam yang mewakili Hasanah mengakui kesilapan pihaknya kerana gagal memaklumkan anak guamnya berhubung tarikh pengurusan kes itu.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca