← Back to list
Menteri Belia & Sukan Tak Setuju Peminjam PTPTN Gagal Bayar Disenarai Hitam
May 18, 2019
Menteri Belia dan Sukan tidak bersetuju dengan cadangan peminjam yang gagal melunaskan PTPTN disenarai hitam.
Malah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, dia akan pastikan cadangan itu tidak diluluskan jika di bawa ke mesyuarat Kabinet.
Semalam, Menteri Pendidikan jelaskan langkah memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara iut, hanya antara cadangan dikemukakan dalam proses konsultasi awam.
KTMB Akan Tambah Bilangan Kekerapan Perjalanan Kereta Api Jika Perlu
KTMB sedia tambah bilangan kekerapan perjalanan perkhidmatan kereta api menjelang Aidilfitri.
Namun ia hanya akan ditambah, jika penjualan tiket untuk tempoh tersebut mencecah 85 hingga 90 peratus.
Setakat ini, 65 peratus tiket untuk Hari Raya berjaya dijual.
Dua-Dua Buat Laporan Polis
Menurut Malaysiakini, seorang anggota Parlimen PKR dan seorang bekas bendahari cabang parti itu di Perak buat laporan polis ke atas satu sama lain, mendakwa menerima gangguan seksual.
Ahli Parlimen bekrenaan mendakwa wanita itu membuat banyak panggilan telefon kepadanya sehingga dia trauma.
Manakala wanita tersebut yang mendakwa lelaki tersebut sering hantar mesej dan gambar-gambar lucah.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca