← Back to list
Rancang perbelanjaan di musim perayaan - PPIM
May 04, 2019
Foto - joycekoonshonda
Pengguna dinasihat agar merancang perbelanjaan masing-masing bagi mengelak berlakunya ketirisan kewangan semasa tempoh perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan berkata, selain bergantung sepenuhnya dengan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan, pengguna sendiri sepatutnya cuba ubah tabiat berbelanja.
Foto - mStarOnline
Tambahnya, pengguna juga perlu ubah tabiat membeli-belah dan mengelak berbelanja pada saat-saat akhir kerana ia boleh menyumbang kepada kenaikan harga.
Beliau juga menggesa KDPNHEP memberi tumpuan bagi membimbing pengguna cara bagaimana untuk mengelakkan berbelanja berlebihan semasa musim perayaan.
Foto - Says
Baru-baru ini, kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh penguatkuasaan SKHMP sempena dengan Aidilftri selepas berbincang perkara itu dengan pemegang saham.
KPDNHEP juga merancang untuk memasukkan lebih banyak barang di bawah skim itu agar pengguna mempunyai banyak pilihan dan mereka boleh membeli pada harga yang lebih murah.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca