← Back to list
Status agama pada MyKad dikekalkan.
Apr 29, 2019
Tiada perubahan pada butiran MyKad setakat ini
Status latar belakang individu seperti agama yang terkandung dalam MyKad ketika ini terus dikekalkan.
Menurut Kementerian Dalam Negeri, ini kerana kerajaan belum buat sebarang kajian mengenai perkara itu terutama kesan perubahan dokumen itu jika ia dilakukan.
Ia susulan cadangan seorang senator DAP supaya paparan status agama digugurkan daripada MyKad kerana ia antara punca perpaduan terhalang.
Namun cadangan itu diselar pihak lain yang anggap ia tak tidak bertanggungjawab dan tidak peka terhadap hak dan Perlembagaan yang sudah termaktub sekian lama.
---
Bina rumah menghadap sungai sebagai langkah elak pencemaran sungai
Kerajaan digesa mewajibkan pembinaan bangunan dan perumahan baru menghadap sungai!
Jelas Jabatan Alam Sekitar kepada Berita Harian, ini kerana langkah itu dapat memastikan sungai yang juga sumber air bersih tanpa pencemaran.
Menurut jabatan itu lagi, Pihak Berkuasa Tempatan khasnya wajar guna cara itu yang sudah lama dipraktikkan negara-negara maju untuk menjaga sungai mereka.
Ini kerana apabila bangunan menghadap sungai, ia akan beri kesan psikologi kepada penghuninya untuk miliki sikap menghargai sungai.
---
UiTM belum cadang buka pintu kepada bukan Bumiputera
UiTM tidak bercadang buka pintu kepada bukan Bumiputera.
Lembaga Pengarah UiTM memaklumkan demikian ekoran ada pihak saran Universiti Awam itu turut dibuka kepada bukan Bumiputera agar penuntutnya lebih berdaya saing.
Sebaliknya, UiTM sedang berusaha meningkatkan keupayaan persaingan selaras dengan kepesatan industri.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca