← Back to list
Sebahagian penduduk Lembah Klang dijangka dapat bekalan air semula seawal hari ini!
Apr 25, 2019
Kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Loji Rawaran Air Sungai Selangor Fasa 2 selesai!
Loji itu sudah diaktifkan dan sebahagian pengguna yang terjejas gangguan bekalan air di Lembah Klang ketika ini dijangka dapat semula bekalan dalam tempoh 24 jam.
Dalam pada itu, notis awal berkenaaan gangguan bekalan air berkenaan sangat membantu.
Menurut tinjauan, ramai pengguna sempat melakukan persiapan awal iaitu menyimpan bekalan air.
Namun majoriti penduduk berharap bekalan air dapat dipulihkan lebih awal berbanding yang dijadualkan.
Kuota pelajar Matrikulasi kekal.
Kabinet memutuskan kuota pelajar Matrikulasi kekal iaitu 90 peratus untuk Bumiputera dan 10 peratus untuk bukan Bumiputera.
Namun bilangan kemasukan pelajar tahun ini dinaikkan kepada 40,000 orang berbanding 25,000 orang pada tahun lepas.
Ia bagi memastikan lebih ramai pelajar cemerlang dapat melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.
Seorang lagi ditahan berkaitan kes pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang, Johor.
Lelaki warga Singapura itu dilapor pengarah sebuah syarikat yang dipercayai telah buang sisa kimia di Sungai Kim Kim hingga mengakibatkan pencemaran teruk.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca