← Back to list
Malaysia mampu manfaatkan teknologi 5G dalam 3 tahun akan datang!
Apr 19, 2019
Malaysia mampu manfaatkan teknologi 5G dalam tiga tahun akan datang!
Itu kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang yakin ia membolehkan negara melangkah lebih jauh dan melonjakkan ekonominya dengan lebih kukuh.
Foto: Kosmo
Tun M sempat menaiki kereta pemanduan sendiri dengan gabungan 5G pada majlis pelancaran Pameran 5G yang berlangsung di Putrajaya semalam.
Foto: Sinar Harian
Dalam pada itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia beri jaminan harga yang akan ditetapkan untuk teknologi 5G itu munasabah buat pengguna.
Ia akan ditentukan selepas terima laporan akhir oleh SKMM berhubung ujian projek perintis itu hujung tahun ini.
Warga KL dan Selangor bersiap sedia untuk simpan bekalan air secukupnya!
Gangguan bekalan air dijangka berlaku di hampir 600 kawasan sekitar KL dan Selangor bermula 24 hingga 27 April ini.
Ia susulan kerja-kerja penambahbaikan perkakasan kritikal sistem bekalan elektrik di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2.
Layari Facebook Astro Radio News untuk mengetahui kawasan terjejas.
Presiden Indonesia, Jokowi isytiharkan kemenangannya dalam pilihan raya presiden republik itu.
Belum ada keputusan rasmi, namun Presiden Indonesia, Jokowi telah pun isytiharkan kemenangannya dalam pilihan raya presiden republik itu!
Keputusan tidak rasmi menunjukkan gandingannya dengan ulama terkena, Ma'ruf Amin raih 54 peratus undian popular dalam pilihan raya kelmarin.
Sementara itu lawannya, Prabowo Subianto juga mendakwa telah menang meskipun ada pihak meragui kesahihan data yang dikemukakannya.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca