← Back to list
Tun M tersenarai antara 100 individu paling berpengaruh di dunia tahun ini oleh majalah TIME!
Apr 18, 2019
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad muncul antara 100 individu paling berpengaruh di dunia tahun ini menurut majalah TIME!
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern yang mendapat pujian antarabangsa dalam mengendalikan serangan pengganas di 2 buah masjid di Christchurh bulan lalu, turut tersenarai.
Bagi kategori ikon muzik pula antara yang tersenarai termasuklah Lady Gaga, Ariana Grande, Taylor Swift dan kumpulan K-Pop, BTS.
Pelancaran ujian 5G bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini!
Orang ramai juga berpeluang untuk menikmati jaringan internet berkelajuan tinggi itu menerusi pameran yang diadakan antaranya teknologi panggilan berbentuk hologram.
Kanak-kanak 4 tahun dilapor hilang sebenarnya tertidur dalam bas.
Kanak-kanak 4 tahun yang dilaporkan hilang semasa di bawah jagaan tadikanya di Putrajaya, rupa-rupanya tertidur dalam sebuah bas sekolah!
Menurut polis, kanak-kanak berkenaan dan rakan-rakannya sebelum itu dibawa tadika ke sebuah padang di Bangi untuk menyertai raptai hari sukan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca