← Back to list
Lima Mati Akibat Pil Gugur Bayi
Apr 17, 2019
Lima kes kematian direkodkan, akibat penggunaan pil gugur bayi yang dijual secara haram menerusi laman sosial.
Kementerian Kesihatan beritahu Sinar Harian, empat kematian berlaku pada 2015 manakala satu kes direkodkan pada 2017.
Katanya kebanyakan ubat berkenaan diimport oleh penyeludup haram dari luar negara terutamanya India dan China.
Tambah kementerian lagi, tahun lalu sahaja, sebanyak 20 laman sosial yang dikesan menjual pil gugur telah disekat.
Sabah Cadang Penempatan Pulau Untuk Pelarian Perang
Kerajaan Sabah bercadang untuk wujudkan satu pulau penempatan untuk pelarian perang dari Filipina.
Mereka akan ditempatkan di pulau yang berdekatan dengan sempadan Filipina, namun masih di bawah kawalan Sabah.
Konsep pulau tersebut sama dengan Pulau Bidong di Terengganu.
Tan Hong Pin Digugurkan Exco Johor
Exco Sains dan Teknologi Johor, Tan Hong Pin sahkan bahawa dirinya akan digugurkan daripada barisan baru anggota exco kerajaan negeri.
Jelasnya, meskipun tidak dilantik sebagai ecxo, Tan akan meneruskan kerjanya sebagai seorang adun dan berkhidmat kepada rakyat.
Terdahulu, Menteri Besar Johor berkata barisan exco baru akan diumumkan selewat-lewatnya menjelang akhir minggu ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca