← Back to list
PKR DUN Rantau berjalan lancar
Apr 13, 2019
Foto - Astro Awani
Proses pembuangan undi pada Pilihan Raya Kecil DUN Rantau setakat ini berjalan lancar tanpa ada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.
Suruhanjaya Pilihan Raya berkata, peratusan keluar mengundi setakat pukul 11 pagi tadi adalah sebanyak 38 peratus.
Foto - Astro Awani
Polis dalam pada itu menasihatkan pengundi agar keluar awal bagi mengelakkan kesesakan trafik pada sebelah petang.
Pihaknya menjangkakan kesesakan kerana Pusat Daerah Mengundi terletak berdekatan pekan Rantau yang merupakan jalan utama.
Foto - Astro Awani
PRK DUN Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan penyandang Datuk Seri Mohamad Hassan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban yang mengisytiharkan kemenangannya pada PRU-14 lalu terbatal dan tidak sah.
Pada PRU-14, Mohamad menang tanpa bertanding kerusi berkenaan selepas lawannya Dr S. Streram dilarang masuk ke pusat penamaan calon kerana tidak memiliki pas dikeluarkan SPR.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca