← Back to list
Tiada Pengeluaran Luar Biasa Di Semua Cawangan Tabung Haji
Apr 08, 2019
Tabung Haji tegaskan tiada pengeluaran luar biasa berlaku di semua cawangan miliknya di seluruh negara, hari ini.
Ia susulan khabar angin kononnya berlaku pengeluaran besar-besaran selepas Tabung Haji mengumumkan hibah 1.25 peratus, Jumaat lalu.
TH menambah ia akan membuat laporan polis jika ada pihak terus menyebarkan khabar angin untuk menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pendepositnya.
Dalam perkembangan lain, Jabatan Perdana Menteri berkata kerajaan akan kaji mekanisma kurangkan waktu menunggu giliran Haji.
Lebih Seribu Tuntutan Bantuan My Salam
Kementerian Kewangan berkata lebih seribu tuntutan bantuan Skim Perlindungan Kesihatan Nasional, mysalam diterima setakat 4 April lalu.
Susulan itu, hampir RM41,000 telah dibayar kepada 97 penerima skim perlindungan berkenaan.
Kos itu juga melibarkan kemasukan ke hospital dan tuntutan penyakit kritikal.
Didakwa Terlibat Wang Haram Lebih RM11 Juta
Seorang ahli perniagaan didakwa di mahkamah atas 68 tuduhan, terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram bernilai lebih RM11 juta.
Minggu lalu, tertuduh turut didakwa lakukan penipuan RM19 juta, babitkan pembinaan terowong bawah laut di Pulau Pinang.
Terdahulu, gelaran Datuk Seri yang dikurniakan kepadanya oleh Istana Pahang turut ditarik balik, susulan kes berkenaan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca