← Back to list
Tapak Pelupusan Sampah Di Simpang Renggam Di Tutup
Mar 26, 2019
Kerajaan arahkan operasi pelupusan sisa pepejal di Simpang Renggam dihentikan berkuat kuasa hari ini.
Ini selepas limpahan air sampah di lokasi berkenaan, disyaki meresap masuk ke dalam sungai berhampiran.
Terdahulu, Jabatan Alam Sekitar mengesahkan dua sungai di Simpang Renggam tercemar disebabkan limpahan air sampah.
PAC Tunggu Notis Surat Letak Jawatan
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara masih menunggu notis surat perletakkan jawatan daripada tiga AJK yang meletak jawatan semalam.
Menurut PAC, dua daripadanya dari Ahli Parlimen BN dan seorang lagi dari PAS.
Mereka dikatakan berbuat demikian kerana tidak berpuashati dengan jawatan Pengerusi PAC, yang kini disandang oleh wakil Pakatan Harapan.
Wang Kertas RM60 Tak Gantikan RM50
Kementerian Kewangan berkata wang kertas 60 ringgit tidak akan menggantikan wang kertas 50 ringgit.
Sebaliknya, ia hanya dikeluarkan dalam kuantiti yang terhad iaitu sebanyak 60 ribu keping sahaja.
Wang tersebut dikeluarkan bersempena Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, tetapi ia tetap sah untuk digunakan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca