← Back to list
Kerajaan Tiada Cadangan Untuk Beri Pampasan Kepada Mangsa Pencemaran Sungai Kim Kim
Mar 25, 2019
Kerajaan belum buat putuskan cara serta jumlah pampasan yang akan diberikan kepada mangsa pencemaran di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, buat masa ini kerajaan beri tumpuan terhadap kesihatan dan rawatan kepada mangsa.
Tambah, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kerajaan juga sedang mencari langkah pencegahan agar insiden tersebut tidak berulang.
Kena Pindah Sebab Aduan Pemilik Premis
Bazar rakyat di Lorong TAR di KL, dipindahkan selepas mendapat aduan daripada pemilik premis kedai di kawasan berkenaan.
Antaranya, laluan masuk premis kedai terhalang dan terganggu, kesesakan lalu lintas serta longgokan sampah sarap.
Menurut Kementerian Wilayah Persekutuan, lokasi baru di Jalan Raja itu lebih selesa dan teratur yang diuruskan DBKL.
Maaf... Sila Ikat Perut
Perdana Menteri minta penjawat awam 'ikat perut' buat sementara waktu sehingga kerajaan dapat mengatasi masalah kewangan negara
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata buat masa ini kerajaan perlu beri tumpuan untuk bayar hutang yang tinggi.
Beliau juga menyeru CUEPACS bersabar kerana kerajaan letakkan sasaran untuk pulihkan masalah kewangan itu sekurang-kurangnya tiga tahun sekiranya tiada gangguan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca