← Back to list
Catuan Air Mungkin Berulang?
Mar 25, 2019
Catuan Air Terjadi Lagi?
Musim panas dan kering kembali lagi.
Tapi kali ini ia mungkin menyebabkan catuan bekalan air terpaksa dilakukan.
3 empangan sudahpun merekodkan simpanan air dalam lingkungan 50 peratus iaitu Empangan Muda di Kedah dan Empangan Sembrong serta Machap di Johor.
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) berpendapat catuan air patut dilakukan di kawasan terbabit.
Selain dapat mengekang pengunaan air secara berlebihan dan membazir, ia juga dapat pastikan bekalan sedia ada terus dapat bertahan dalam tempoh lama.
*Foto sekadar hiasan
Di Kelantan, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu(KADA) gesa kerajaan segera melakukan pembenihan awan di kawasan tanaman padi.
Menurut pihaknya, tanaman padi yang diusahakan di negeri itu akan musnah dan petani akan rugi jika belum ada hujan dalam tempoh seminggu dua ini.
Berkaitan pembenihan awan, MetMalaysia memaklumkan ia jadi jalan terakhir jika krisis bekalan air tercetus dan berpanjangan.
Sebabnya, selain kos tinggi ia hanya boleh dibuat dalam keadaan cuaca sesuai malah tiada jaminan hujan pasti akan turun.
Tapi di sebalik itu MetMalaysia minta orang ramai tak terlalu bimbang dengan fenomena ini sebab ia memang berlaku setiap tahun dan dijangka tiada suhu ekstrem.
Penulis pun setuju dan yang penting kita perlu bijak ambil inisitif misalnya buat catuan bekalan air sendiri, juga berdoa agar ujian ini segera berakhir.
Daripada aspek kesihatan pula, ada baiknya ikutlah panduan yang diberikan Kementerian Kesihatan seperti hadkan kegiatan di bawah matahari terik.
Untuk makluman, negeri yang dijangka paling terjejas dengan cuaca panas dan kering ini ialah Johor, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Pahang dan Kelantan.
Oleh: KJ
Foto: AWANI & Sinar Harian
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca