← Back to list
Individu yang miliki maklumat berhubung kematian anggota bomba di Subang Jaya, diminta tampil.
Mar 24, 2019
Tampil jika ada maklumat!
Foto : Astro Awani
Sesiapa yang ada maklumat kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim diminta tampil jadi saksi siasatan.
Ujar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, segala maklumat perlu disampaikan menerusi saluran yang betul agar tiada pihak salah anggap.
Zuraida Kamaruddin berkata demikian ekoran tularnya dakwaan seorang jururawat kononnya kenyataan pakar forensik dalam siasatan kes itu tidak tepat.
Allahyarham Muhammad Adib maut dalam kejadian rusuhan di sebuah kuil di Subang Jaya, Selangor, November lalu.
---
Cuaca kering sehingga Mei.
Foto : Astro Awani
Malaysia dijangka alami musim kering sehingga Mei.
Negeri paling terjejas ialah Johor, N.Sembilan, Perak, Kedah, Pahang dan Kelantan kerana dijangka merekodkan hujan kurang daripada 25 peratus purata hujan tahunan.
Menurut Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, ia akan menyebabkan cuaca panas dan kering serta mengurangkan sumber air sungai dan empangan di negeri terbabit.
---
80 peratus kanak-kanak tonton pornografi secara sengaja.
Foto : Astro Awani
Kajian Malaysians Against Pornografi tahun lalu dapati kira-kira 80 peratus kanak-kanak berusia antara 10 hingga 17 tahun telah menonton pornografi secara sengaja!
Justeru bagi banteras isu tersebut, ibu bapa dinasihat meningkatkan kecelekan internet mereka bagi bantu anak-anak daripada gangguan pornografi dalam talian.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca