← Back to list
Solat Jumaat di Christchurch dikawal ketat.
Mar 22, 2019
Kesemua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan akan mengadakan solat jenazah ghaib, selepas solat Jumaat hari ini.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan berkata solat itu dibuat untuk mangsa yang terkorban dalam insiden tembakan di Christchurch minggu lalu.
Foto: Kosmo
Solat hajat akan turut diadakan untuk memohon keamanan dan kedamaian negara.
Sementara itu, solat Jumaat di sekitar Masjid Al Noor, Christchurch hari ini dikawal ketat oleh pihak keselamatan New Zealand.
Malah tembok manusia yang disertai oleh kira-kira 2,600 penduduk Christchurch telah diadakan di sebuah kawasan lapang yang dijadikan sebagai tapak sementara masjid.
Peruntukan RM3 juta Food Bank Malaysia tidak akan diagih terus kepada mahasiswa.
Kerajaan tidak bercadang untuk agihkan peruntukan RM3 juta di bawah program Food Bank Malaysia secara terus kepada mahasisiwa universiti awam.
Ini kerana peruntukan itu akan digunakan untuk logistik dan pasaraya yang berfungsi memberi sumbangan bahan makanan.
Pihaknya berkata tugas mahasiswa adalah menjadi sukarelawan bagi melaksanakan program itu di universiti masing-masing.
Kakitangan Jabatan Alam Sekitar Johor pengsan selepas terhidu bahan kimia di makmal.
Seorang kakitangan Jabatan Alam Sekitar Johor pengsan selepas terhidu bahan kimia dari tong yang bocor di makmal jabatan itu di Skudai.
Bomba berkata buat masa ini, makmal itu ditutup sementara untuk kenalpasti jenis bahan kimia terbabit.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca