← Back to list
Akta Kualiti Alam Sekeliling Mungkin Dikaji Semula
Mar 15, 2019
Perdana Menteri tidak menolak kemungkinan untuk mengkaji semula Akta Kualiti Alam Sekelling ekoran pencemaran serius di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.
Jelas Tun Dr Mahathir Mohamad, ini selepas mendapat desakan rakyat yang melihat hukuman yang dikenakan terhadap pesalah tidak berat.
Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri juga berkata tiada keperluan untuk isytiharkan darurat di Pasir Gudang kerana keadaan masih terkawal buat masa ini.
Malah kerajaan juga tidak bercadang untuk pindahkan penduduk ke penempatan sementara.
Sementara itu, pusat saringan mangsa pencemaran di Dewan Komuniti Pasir Putih ditutup dan dipindahkan ke Stadium Tertutup Pasir Gudang.
Arahan penutupan itu diberikan Jabatan Bomba atas faktor-faktor keselamatan.
Gunalah Aplikasi i-tegur
Orang ramai boleh buat laporan pencemaran alam sekitar menggunakan aplikasi mobile 'i-Tegur' termasuk jika berlaku aktiviti pembuangan sisa kimia.
Malah menerusi aplikasi itu juga anda boleh buat aduan berkaitan kerosakan jalan mahupun bangunan.
Sementara itu, semalam pihak berkuasa Selangor terima laporan penemuan pembuangan sisa-sisa disyaki bahan kimia di Sungai Klang.
Pihak berkuasa sudah ke lokasi untuk ambil tindakan awal termasuk langkah pencegahan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca