← Back to list
Kes pencemaran sisa kimia : Dua lagi sekolah ditutup.
Mar 12, 2019
Jumlah pelajar SK dan SMK Tanjung Puteri Resort termasuk orang awam yang terjejas akibat pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim hari ini, telah cecah 260 orang.
Foto: Kosmo
Kesemua mangsa kini dirawat di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih, Pasir Gudang.
Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar Johor telah selesai ambil keterangan 3 suspek yang dipercayai buang sisa kimia ke dalam sungai terbabit.
Polis buka kertas siasatan ekoran kenyataan Lim Guan Eng didakwa berbaur hasutan.
Polis buka kertas siasatan berhubung dakwaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng keluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum.
Ini selepas hampir 60 laporan diterima ekoran kenyataan Menteri Kewangan itu mengenai kerjasama UMNO dan PAS yang didakwa berunsur hasutan.
Teknologi AI bakal diperkenalkan dalam sektor penjagaan kesihatan di Malaysia.
Kementerian Kesihatan rancang untuk perkenalkan teknologi kecerdasan buatan, AI di sektor penjagaan kesihatan pada masa akan datang.
Foto: Kosmo
Teknologi itu akan digunakan dalam pelbagai program kesihatan antaranya memerangi denggi.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca