← Back to list
Siti Aisyah dijangka pulang ke Indonesia hari ini.
Mar 11, 2019
Warga Indonesia, Siti Aisyah yang dilepas tanpa dibebaskan daripada tuduhan membunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam dijangka pulang ke Indonesia hari ini.
Ini selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadap wanita berkenaan.
Dalam perkembangan berkaitan, wanita Vietnam yang dikenakan tuduhan sama akan kemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara agar tuduhan itu ditarik balik.
Dua buah sekolah yang terjejas akibat sisa toksik di Sungai Kim Kim ditutup semula.
Dua buah sekolah yang terjejas akibat pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang ditutup semula hari ini.
Bomba Johor berkata ini selepas 50 pelajar alami sesak nafas, pening kepala, loya dan muntah disyaki terbau sisa toksik.
Foto: Utusan
Pihaknya akan lakukan pemeriksaan di kawasan berdekatan sungai itu bagi mengesan sisa-sisa toksik yang masih ada.
Dalam pada itu, dua pemilik kilang dan seorang pekerja ditahan, kerana dipercayai terlibat dalam insiden pembuangan sisa toksik di sungai terbabit.
Subjek Tahfiz al-Quran bakal diperkenalkan di peringkat STPM bermula September ini.
Majlis Peperiksaan Malaysia akan menawarkan subjek Tahfiz Al-Quran bagi Peperiksaan STPM bermula tahun ini.
Foto: Utusan
Seramai 666 pelajar dapat PNGK 4 dalam keputusan STPM 2018 , meningkat 0.42 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca