← Back to list
Kerajaan akan saran supaya permohonan perkahwinan bawah umur diperketatkan.
Mar 10, 2019
Kerajaan akan saran supaya permohonan perkahwinan bawah umur diperketatkan.
Ujar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, antaranya permohonan didengar hakim Mahkamah Tinggi berbanding hakim Mahkamah Rendah Syariah.
Jelas Fuziah, hakim Mahkamah Tinggi lebih berpengalaman dan terlatih, selain bagi pastikan prosedur lebih ketat benar-benar dilaksanakan.
Sekolah terjejas pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, masih ditutup.
2 sekolah di Pasir Gudang, Johor yang terjejas dengan insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim ditutup sehingga hari ini.
Jumlah mangsa yang terjejas mencecah 80 orang termasuk murid sekolah.
Syukur The Kampung Boy masuk hospital.
Remaja yang akrab dengan haiwan, Muhammad Syukur Khamis dimasukkan ke hospital di Kuala Terengganu selepas muntah-muntah akibat terjatuh dari kerbaunya.
Foto: Kosmo
Namun ada berita baik kerana Syukur yang turut digelar 'Mowgli Malaysia' dijangka dibenarkan pulang ke rumah hari ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca