← Back to list
Kerajaan Bakal Wajibkan 2 Vaksin Untuk Kanak-Kanak
Mar 07, 2019
Kementerian Kesihatan bercadang wajibkan sekurang-kurangnya 2 vaksin untuk kanak-kanak.
Dua vaksin itu bagi merawat penyakit demam campak, beguk, rubela serta difteria untuk cegah penyakit kaki, tangan dan mulut.
Perkara itu masih dalam peringkat cadangan dan akan diputuskan dalam masa terdekat.
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan tidak mempunyai peraturan untuk mewajibkan ibu bapa beri vaksin kepada anak mereka.
Menurut TPM, hal itu merupakan pilihan ibu bapa namun kerajaan tetapkan akan berikan maklumat lengkap mengenai kebaikan vaksin.
Lima Pelajar Kritikal Terhidu Gas Kimia
Lima pelajar sekolah kritikal dipercayai akibat terhidu sisa dan gas kimia yang dibuang di Sungai Kimkim, Pasir Gudang
Ketika ini, kelima-lima pelajar terbabit masih dirawat di wad kecemasan Zon Merah di HSI, JB.
Turut jadi mangsa dalam kejadian pagi tadi ialah 19 pelajar lain, serta empat pekerja kantin sekolah.
Lapan Saksi Dipanggil
Lapan saksi dipanggil bagi bantu siasatan berhubung kes kematian budak perempuan yang ditemukan di Gunung Raya, Langkawi semalam.
Antara saksi itu kakitangan Hospital Langkawi serta jiran di kuarters hospital berkenaan.
Turut dirakam percakapan anak pasangan suspek yang ditahan reman, di IPD KL.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca