← Back to list
Anak Cedera Parah Kena Hentak Dengan Tukul Pemecah Dinding
Mar 05, 2019
Seorang wanita parah di kepala dipukul bapanya mengunakan tukul pemecah dinding di , Kuala Kurau, Perak.
Ketika kejadian mangsa dikatakan sedang membaca Al Quran.
Suspek bertindak demikian, kerana berang anaknya belum mendapat pekerjaan walaupun telah menamatkan pengajian di IPT.
Lelaki itu turut mencederakan dirinya sendiri, dan dia berjaya ditahan ketika cuba dapatkan rawatan di hospital Parit Buntar
Tindakan Bakal Diambil Doktor Cuba Menipu!
Kementerian Kesihatan akan siasat dakwaan berhubung tindakan sesetengah doktor palsukan rekod perbuatan jemaah haji dan umrah khususnya suntikan vaksin.
Katanya perkara itu melanggar etika kedoktoran dan tindakan tegaa akan diambil jika dakwaan itu adalah benar.
Terdahulu, ada laproan mendakwa, terdapat rakyat Malaysia yang menunaikan umrah dan haji memalsukan rekod perubatan untuk melepasi peraturan vaksin Arab Saudi.
Alahai, Kena Dakwa Lagi.....
Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman didakwa atas 16 lagi pertuduhan aktiviti pengubahan wang haram di Mahkamah KL.
Hakim membenarkan guna pakai wang jaminan sebelum ini RM2 juta.
November lalu, Tan Sri Musa turut didakwa atas 35 tuduhan menerima rasuah bernilai RM264 juta.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca