← Back to list
AUKU akan digantikan dengan undang-undang lebih komprehensif, tahun depan.
Mar 05, 2019
Akta Universiti dan Kolej, AUKU akan digantikan dengan undang-undang baru yang lebih komprehensif, tahun depan.
Menteri Pendidikan berkata ia bertujuan mengembalikan kebebasan akademik dan mengembalikan kuasa sepenuhnya kepada pelajar.
Tambah Maszlee Malik, kerajaan juga berhasrat mewujudkan semula Kesatuan Pelajar.
Kerjasama dengan pasaraya berhampiran IPTA akan ditingkatkan untuk program Food Bank.
Kerajaan akan memperbanyakkan kerjasama dengan pasar raya berhampiran IPTA untuk dijadikan rakan rasmi program Food Bank Malaysia di kampus.
Inisiatif itu juga amat dialu-alukan pihak universiti kerana sebahagian besar mahasiwa berasal dari keluarga berpendapatan rendah, B40.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memaklumkan, setakat ini program berkenaan telah dilancarkan di UM, UKM dan UPM.
Seorang warga Ireland ditemui mati disyaki dibunuh.
Seorang lelaki warga Ireland dijumpai mati dipercayai dibunuh di rumahnya di George Town, Pulau Pinang.
Suspek disyaki berbuat demikian kerana berang adiknya jadi mangsa sindiket penipuan si mati berdasarkan nota yang ditemui di sisi mendiang.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca