← Back to list
ATM Nafi Gambar Viral Dengan Perkataan 'Jangan Hina Nabi Kami'
Mar 04, 2019
Angkatan Tentera Malaysia tegaskan gambar viral di laman sosial anggotanya pegang kain rentang dengan perkataan 'Jangan Hina Nabi Kami', adalah gambar palsu.
Jelasnya gambar itu sengaja disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab sebagai bahan propaganda untuk kepentingan peribadi mahupun kumpulan tertentu.
Pihaknya akan jalankan siasatan dan ambil tindakan terhadap pihak terlibat.
Penjawat Awam Jangan Sabotaj Kerajaan
Timbalan Perdana Menteri gesa penjawat awam tidak mensabotaj kerajaan, serta patuh kepada etika penggunaan media sosial.
Ini selepas terdapat segelintir penjawat awam menyebar maklumat atau melempar tuduhan melulu terhadap kerajaan.
Tambah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mereka boleh berbeza fahaman politik namun perlu berkhidmat secara adil kepada rakyat.
Isteri Bekas CEO Cradle Fund Didakwa Membunuh!
Isteri kepada bekas CEO Cradle Fund, akan didakwa di Mahkamah PJ, atas tuduhan membunuh suaminya Jun lalu.
Turut didakwa kes itu adalah dua anak lelakinya serta seorang lagi yang masih bebas, dipercayai amah kelurga berkenaan.
Kesemuanya ditahan di kediaman mereka awal pagi tadi.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca