← Back to list
Kemahiran berbahasa Mandarin bukan prasyarat untuk siswazah dapatkan pekerjaan di negara ini.
Feb 19, 2019
Kemahiran berbahasa Mandarin bukan syarat untuk siswazah mendapatkan pekerjaan di syarikat-syarikat utama termasuk dalam bidang automatif di negara ini.
Justeru ujar Menteri Belia dan Sukan, orang ramai boleh memaklumkan pihaknya jika ada majikan letak syarat itu agar tindakan sewajarnya dapat diambil.
Tegas Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, syarat sedemikian tidak relevan di Malaysia dan perlu dihapuskan kerana boleh menjurus kepada diskriminasi kaum.
Suspek belasah, samun wanita dalam lif di MRT Cheras akhirnya diberkas!
Suspek belasah dan samun seorang wanita dalam lif Stesen MRT di Cheras, Khamis lalu berjaya diberkas polis malam tadi.
Menurut Polis KL, suspek akan dibawa ke mahkamah pagi ini untuk direman.
Terdahulu, video rakaman kejadian wanita disamun dan dipukul itu viral di media sosial.
Sebuah pusat asuhan kanak-kanak akan diwujudkan di Parlimen tahun ini.
Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata ia bagi memudahkan tugasan anggota Parlimen dan mereka yang bertugas ketika Parlimen bersidang.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca