Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Pemasyuran Yang di-Pertuan Agong Ke-16 catat pelbagai detik bersejarah.

Feb 15, 2019


Pemasyuran Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16 mencatatkan pelbagai detik bersejarah.

Mana tidaknya, baginda baru diangkat menjadi Sultan Pahang Ke-6, 15 Januari yang lalu.

Dengan itu, Tuanku Al-Sultan Abdullah mencipta sejarah sebagai raja Melayu paling cepat dilantik sebagai Agong, iaitu dalam hanya kira-kira 3 minggu naik takhta negeri.

 Al-Sultan Abdullah mengangkat sumpah sebagai Sultan Pahang Ke-6 pada 15 Januari 2019

Tuanku Al-Sultan Abdullah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 pada 31 Januari 2019.

PEMINAT ARSENAL

Umum tahu baginda peminat bolasepak, namun ramai tidak tahu yang baginda merupakan peminat setia kelab bolasepak Inggeris, Arsenal.

Baginda menerima jersey Arsenal ketika skuad itu melakukan jelajah asianya pada 2011

Foto: Christopher Raj

Meskipun minat Arsenal yang warna rasminya merah, tapi Al-Sultan Abdullah dilapor gemar warna biru.

Al-Sultan Abdullah mengenakan pakaian berwarna biru ketika menghadiri majlis angkat sumpah YDP Agong Ke-16.

ULANGI SEJARAH AYAHANDA

Tuanku Al-Sultan Abdullah ulangi sejarah ayahanda baginda iaitu menjadi Yang di-Pertuan Agong ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Sultan Ahmad Shah merupakan YDPA Ke-7 ketika  Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri buat kali pertama pada tahun 1981.

Dan kini Al-Sultan Abdullah menjadi YDPA Ke-16 dan Tun M menjadi Perdana Menteri Ke-7.

AGONG Ke-2 DARI PAHANG

Rakyat Pahang dapat sekali lagi menyaksikan Sultan mereka bersemayam di Istana Negara.

Kali terakhir peristiwa bersejarah itu berlaku 40 tahun lalu semasa ayahanda Al-Sultan Abdullah, Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-7 pada tahun 1979.

ROMANTIS

Al-Sultan Abdullah menzahirkan cinta terhadap isteri baginda Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan membina sebuah istana digelar Istana Abdulaziz.

Abdulaziz adalah kombinasi pangkal nama Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang juga membawa maksud hamba Allah yang mulia.

Istana terletak di Kuantan itu dibina dengan penuh ciri sederhana mencerminkan sifat rendah diri paduka baginda berdua.

 


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca