← Back to list
Lelaki Juga Alami Gangguan Seksual Di Tempat Kerja
Feb 14, 2019
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, kaum lelaki turut menjadi mangsa gangguan seksual di tempat kerja.
Dedahnya, daripada lebih 1,200 kes yang dilaporkan dari 2013 hingga 2017, hampir 260 melibatkan mangsa kaum lelaki.
Kementerian turut percaya angka sebenar adalah lebih tinggi, kerana kebanyakan kes tidak dilaporkan disebabkan rasa malu.
MB Johor Akui Belajar Di UPM Tapi Tak Habis
Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata beliau pernah mengikuti Pengajian di Kolej Pertanian Malaya, sebelum ia dinaik taraf kepada UPM.
Namun, beliau tidak menamatkan pengajian
Oleh itu, Datuk Osman arahkan semua maklumat berkaitan kelulusan itu dipadam serta merta daripada mana-mana laman web rasmi.
Ceti Haram Guna Taktik Baru!
Along atau ceti haram kini dikatakan gunakan taktik baru untuk ugut peminjam, iaitu dengan menyebarkan gambar lucah yang disunting dengan wajah mereka.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia berkata setakat ini, pihaknya telah menerima 10 aduan kes seperti itu.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca