← Back to list
Kementerian Kesihatan Cadang Perkenal Pek Rokok Tanpa Logo
Feb 13, 2019
Kementerian Kesihatan bercadang untuk perkenalkan paket rokok tanpa sebarang penjenamaan, seperti yang diamalkan Australia.
Di bawah peraturan itu, semua rokok akan dipaketkan dalam kotak yang sama, dimana hanya jenamanya akan dipaparkan pada kotak berkenaan.
Katanya kepada Free Malaysia Today, ia bagi mengurangkan minat perokok membelinya, terutama dalam kalangan generasi muda.
Jaga-Jaga Dengan Kamera Dashboard
Trend memasang kamera dashboard atau dascham dalam kenderaan terutama oleh golongan muda merupakan satu perkembangan positif.
Menurut MIROS, teknologi itu mampu rekodkan pelbagai kejadian di jalan raya sebagai maklumat tambahan sekiranya berlaku sesuatu kemalangan.
Malah pemasangan alat itu juga mampu menggalakkan masyarakat menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.
PAS Minta SPRM Siasat Parti Politik Lain!
PAS telah beri kerjasama penuh kepada SPRM berhubung siasatan KONONNYA 90 juta ringgit di masukkan ke dalam akaun pemimpin parti itu.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata individu yang terlibat telah dipanggil memberi keterangan secara telus dan profesional.
Beliau turut meminta SPRM jalankan siasatan ke atas dana parti politik lain, dan tidak hanya fokus kepada PAS sahaja.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca