← Back to list
Penduduk Malaysia Kini Berjumlah 32.6 Juta
Feb 12, 2019
Jumlah penduduk Malaysia pada suku keempat 2018 dianggarkan seramai 32.6 juta orang.
Angka itu meningkat sebanyak 1.1 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Jabaran Perangkaan berkata daripada jumlah itu, 16.8 juta adalah lelaki dan 15.8 juta perempuan.
Tambahnya, Selangor catat penduduk paling tinggi iaitu 6.5 juta penduduk, manakala PUtrajaya catat jumlah penduduk paling rendah seramai kira-kira 91 ribu orang.
Jalan TAR Ditutup Semua Kenderaan KECUALI Bas
Laluan sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman di KL dari Pusat Beli Belah Sogo akan ditutup kepada semua kenderaan kecuali bas bermula 15 Mac ini.
Menurut Kementerian Wilayah Persekutuan, ia ditutup bagi beri keselesaan kepada orang ramai berurusan di kawasan perniagaan tersebut.
Jika keadaan berjalan lancar, pihaknya sedia menempatkan peniaga bazar perayaan di sepanjang laluan yang dikosongkan itu pada bulan Ramadan akan datang.
Rakaman Audio Memang Milik Nik Abduh Tapi....
PAS akui rakaman audio yang tersebar di media sosial, adalah milik suara Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh.
Namun Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan jelaskan, konteks audio berkenaan itu bukan seperti yang didakwa pihak tertentu.
Tambahnya, orang ramai perlu dengar keseluruhan audio itu untuk memahami maksud sebenar.
Terdahulu, tersebar satu audio yang membuat pengakuan menerima jutaan ringgit daripada UMNO, yang dikatakan milik Nik Abduh.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca