← Back to list
Malaysia ungguli kategori Penjagaan Kesihatan bagi Indeks Persaraan Global Tahunan 2019.
Feb 07, 2019
Malaysia ungguli kategori Penjagaan Kesihatan bagi Indeks Persaraan Global Tahunan 2019.
Antara tarikan yang melayakkan Malaysia berada di kedudukan itu adalah kos perkhidmatan yang murah, kakitangan yang terlatih, bermaklumat dan prihatin terhadap pesakit.
Foto: The Star
Malah menurut akhbar Costa Rica News, terdapat 13 hospital di negara ini memperoleh akreditasi daripada Suruhanjaya Antarabangsa Bersama.
Tiada rombakan kabinet!
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad nafi dakwaan kononnya kabinet akan dirombak tidak lama lagi.
Ia selepas sebuah blog memaklumkan kononnya Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas Tahun Baru Cina.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim anggap desas-desus tersebut adalah angkara pihak tertentu yang mahu menimbulkan ketegangan dalam Pakatan Harapan.
Datuk Seri Siti Nurhaliza tiada dalam senarai calon PRK Semenyih.
Nama penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tiada dalam senarai calon PRK Semenyih yang akan diadakan pada 2 Mac ini.
Perkara itu disahkan oleh Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang terlibat secara langsung dalam proses penilaian dan pemilihan calon.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca