← Back to list
KKM Mahu Laksana Dasar Sifar Anjing Liar
Feb 01, 2019
KKM Mahu Laksana Dasar Sifar Anjing Liar
Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) saran Dasar Sifar Anjing Liar dilaksana di lokasi yang diwartakan kawasan wabak rabies.
Jelasnya, dasar itu bukan bermaksud mahu galak tindakan memusnahkan anjing liar dengan cara membunuh sewenangnya, tapi mengikut prosedur yang ditetapkan.
Kementerian juga gesa pemilik anjing tidak membiarkan haiwan mereka berkeliaran, dan hanya anjing yang sah tak bertuan akan dihapuskan.
Menurut KKM, dasar itu dilakukan di negara-negara maju termasuk Singapura, Jepun dan Belanda jadi sebab itu jarang kita lihat anjing berkeliaran di negara tersebut.
Remaja Lebih Mudah Tertarik Merokok Jika Selalu Lihat Iklan Rokok!
Satu daripada setiap 2 kedai yang jual rokok di negara ini terletak berhampiran sekolah.
Berdasarkan dapatan daripada kajian UIAM itu juga, kadar remaja merokok cenderung lebih tinggi di kawasan ada iklan rokok, yang pastinya ada kedai menjual rokok.
Sementara itu larangan merokok di semua premis makanan di Sabah bermula hari ini.
Ia berkuat kuasa sebulan selepas larangan sama dikuat kuasakan di Semenanjung, manakala Sarawak akan mula melaksanakannya bulan depan.
Oleh: KJ
Foto: BERNAMA & AWANI
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca