← Back to list
7.3 juta atau lebih separuh pekerja di negara ini tidak dilindungi Perkeso.
Jan 27, 2019
7.3 juta atau lebih separuh pekerja di negara ini tidak dilindungi Perkeso!
Ujar Perkeso kepada Berita Harian, ia sekaligus menyebabkan pekerja berkenaan tiada jaminan kebajikan jika berlaku kemalangan semasa bekerja.
Justeru pihaknya akan adakan penguatkuasaan besar-besaran terhadap majikan yang tidak menjalankan tanggungjawab itu.
KKM komited dengan usul hadkan waktu operasi kedai makan sehingga jam 12 tengah malam.
Penduduk Malaysia yang dapat menikmati pelbagai juadah tanpa mengira waktu telah menyebabkan kadar obesiti di negara ini antara yang tertinggi di Asia.
Menurut Kementerian Kesihatan kepada Berita Harian, pengambilan sajian tanpa kawalan menyebabkan tubuh tidak menggunakan kalori berlebihan lalu ia disimpan sebagai lemak dalam badan.
Justeru, kementerian komited dengan usul menghadkan waktu operasi kedai makan sehingga jam 12 tengah malam dan setakat ini ia secara prinsipnya dipersejui Kabinet.
Kerajaan tidak mampu tampung kadar faedah tahunan tinggi projek ECRL.
Keputusan kerajaan tamatkan kontrak dengan syarikat dari China dalam projek pembinaan ECRL disebabkan tidak mampu tampung kadar faedah tahunan tinggi projek itu.
Menurut Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, kadar faedah tahunan projek itu menjangkau RM500 juta.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca