← Back to list
UiTM Siasat Kebocoran Data Pelajar & Alumni
Jan 26, 2019
UiTM akan jalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan berlaku kebocoran data maklumat lebih sejuta pelajar dan alumninya.
Jelasnya, menerusi imej yang tersebar di media sosial, ia memaparkan format maklumat yang tidak digunapakai atau dijana dari mana-mana sistem dalaman UiTM.
Ini menunjukkan bahawa maklumat tersebut telah diolah dan dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Terdahulu, portal lowyat.net mendakwa lebih 1.1 juta rekod data mahasiswa UiTM antara tahun 2000 dan 2018 telah dibocorkan dalam talian.
Majikan Swasta Sila Patuh Garis Panduan Solat!
Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarbangsa Malaysia gesa majikan patuhi pelaksaan Garis Panduan Menunaikan Solat Dalam Waktu Kerja yang dilancarkan baru-baru ini.
Katanya, panduan itu tidak harus diperlekehkan kerana ia telah tertangguh sejak sekian lama.
Minggu lalu, kerajaan melancarkan Garis Panduan Menunaikan Solat Dalam Waktu Kerja khususnya untuk pekerja swasta yang beragama Islam di seluruh negara.
Dua Remaja Maut Dalam Kereta
Dua remaja ditemui mati dalam kereta yang diletakkan di kawasan parkir sebuah pusat membeli belah, di Kota Kinabalu.
Menurut polis, tiada unsur jenayah dalam kematian mereka, yang dipercayai disebabkan terhidu karbon monoksida.
Orang ramai dinasihatkan tidak mengamalkan tabiat tidur dalam kenderaan dengan enjin tidak dimatikan atau kenderaan tidak bergerak bagi mengelakkan risiko kematian.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca