← Back to list
Skim Kawalan Harga Barang sempena Tahun Baru Cina selama 10 hari mulai 31 Januari.
Jan 25, 2019
Ayam dan telur ayam antara 13 barangan di bawah Skim Kawalan Harga sempena Tahun Baru Cina!
13 barang disenaraikan di bawah Skim Kawalan Harga sempena sambutan Tahun Baru Cina termasuk ayam, telur ayam, dan udang putih besar!
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata ianya bagi menstabilkan harga dan bekalannya di pasaran ekoran mendapat permintaan tinggi sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Skim itu akan berkuatkuasa selama 10 hari mulai 31 Januari sehingga 8 Februari ini.
Dalam pada itu, Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya telah mulakan kajian menyeluruh untuk kenal pasti punca peningkatan kos sara hidup di negara ini.
Tambahnya, laporan tersebut dijangka siap dalam tempoh 2 bulan lagi.
---
Tribunal siasat 6 bekas anggota SPR mulai Isnin ini.
6 bekas anggota SPR akan disiasat satu tribunal mulai Isnin ini berhubung dakwaan salah laku ketika persiapan dan pengendalian PRU 14 tahun lalu!
Peguam Negara berkata prosiding siasatan akan bermula jam 10 pagi di Mahkamah Klang.
Tommy Thomas menambah biarpun kesemua mereka telah meletakkan jawatan berkuatkuasa 1 Januari lalu, terdapat tuduhan serius ke atas SPR dalam peranan mereka mengendalikan PRU 14.
Dalam perkembangan berkaitan, PDRM akui tiada masalah sekiranya Majlis Tindakan Pilihan Raya diwujudkan bagi memastikan tindakan penguatkuasaan dapat dilaksana segera semasa PRU atau PRK diadakan.
Ketua Polis Negara berkata buat masa ini pihaknya sememangnya menjalin kerjasama rapat dengan SPR dan SPRM sekiranya sesuatu pilihan raya diadakan.
---
Najib nafi ingin jadi PM sekali lagi!
Datuk Seri Najib tepis dakwaan KONONNYA ingin menjadi Perdana Menteri sekali lagi!
Bekas Perdana Menteri itu menjelaskan beliau hanya turun padang pada PRK Cameron Highlands bagi menyokong calon BN, Ramli Mohd Nor dan atas permintaan penduduk setempat.
Najib keluarkan kenyataan tersebut selepas penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa beliau turun padang pada PRK Cameron Highlands bertujuan untuk bangkit semula dalam dunia politik.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca