← Back to list
Pamandu Disyaki Terlibat Kemalangan Di Jambatan Pulau Pinang Serah Diri
Jan 23, 2019
Pemandu kereta yang disyaki terlibat dalam kemalangan sehingga sebuah SUV terhumban ke dalam laut Jambatan Pulau Pinang telah ditahan.
Menurut polis, pemandu berusia 21 tahun itu menyerah diri awal pagi tadi.
Dia ditahan bagi bantu siasatan dan dijangka dilepaskan selepas diambil keterangan.
Dalam perkembangan lain, ahli keluarga mangsa nahas SUV itu, mohon netizen hentikan sebar gambar mendiang bagi menghormati perasaan keluarga.
Tindakan Tegas Tetap Diambil
Timbalan Perdana Menteri akui Pakatan Harapan ada menggunakan aset kerajaan bagi kempen Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands.
Namun Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan tidak akan melindungi mana-mana pihak yang didapati bersalah guna aset kerajaan untuk tujuan lain.
Isnin lalu, viral di media sosial kenderaan milik Pejabat Hutan Raub digunakan Timbalan Menteri sebuah Kementerian dengan tujuan berkempen.
Anak Kena Tegur, Cikgu Kena Lempang
Di Melaka, seorang bapa mengaku tidak bersalah atas tuduhan tampar seorang guru jasmani di Krubong, April lalu.
Tertuduh didakwa bertindak demikian kerana tidak berpuas hati, anaknya ditegur kerana membeli makanan tidak berkhasiat sebelum perlawanan sukan sekolah.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin dua ribu ringgit serta menetapkan 6 Mac depan untuk tarikh sebutan semula kes
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca