← Back to list
Selebriti Media Sosial Bakal Diburu LHDN
Jan 17, 2019
Selebriti, duta produk serta pengulas berbayar menerusi media sosial akan dikenakan cukai.
Menurut LHDN, ia akan dikenakan jika pendapatan yang diperolehi merekaa menerusi khidmat itu melebihi 5 ribu ringgit.
Tambahnya, dalam kes yang melibatkan individu bawah umur, ibu bapa atau penjaga harus isytihar pendapatan bagi pihak mereka.
SKMM Pantau Kandungan Media Sosial Berkaitan Institusi di Raja
SKMM akan terus pantau kandungan dan maklumat di media sosial terhadap institusi raja di negara ini khasnya menjelang pemilihan Yang di-pertuan Agong ke 16.
Jelasnya sekiranya terdapat laporan, kertas siasatan akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan susulan.
Sehubungan itu, orang ramai diminta berhati-hati untuk muat naik status di media sosial.
Garis Panduan Waktu Solat Dilancarkan
Kerajaan lancar garis panduan menunaikan solat dalam waktu kerjea khususnya pekerja swasta beragama Islam di seluruh negara.
Kementerian Sumber Manusia berkata pihaknya jalinkan kerjasama dengan JAKIM bagi menerbitkan garis panduan itu untuk rujukan majikan.
Antaranya syor yang ditekankan memberikan pelepasan waktu untuk pekerja menunaikan solat lima waktu sekurang-kurangnya 20 minit.
Manakala satu jam setengah untuk menunaikan solat Jumaat bagi pekerja lelaki.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca