← Back to list
Datuk Seri Abdul Azeez Berdepan 12 Tuduhan Rasuah Serta Ubah Wang Haram
Jan 16, 2019
Datuk Seri Abdul Azeez Rahim mengaku tidak bersalah atas 3 tuduhan terima rasuah lebih 5 juta ringgit sebagai upah dapatkan projek jalan raya di Perak dan Kedah bagi sebuah syarikat.
Ahli Parlimen Baling itu juga mengaku tidak bersalah atas 9 pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram hampir 140 juta ringgit.
Semua perbuatan itu didakwa dilakukan di sekitar Lembah Klang antara Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin 800 ribu ringgit bagi kesemua pertuduhan itu.
SPRM Panggil 7 Individu Berhubung Isu Agihan Wang PRK Cameron Highlands
SPRM telah mengambil keterangan 7 saksi berhubung isu pengagihan wang kepada masyarakat orang asli ketika hari penamaan calon PRK Cameron Highlands.
Ini termasuklah wanita yang gambarnya viral di laman sosial agihkan wang kepada sukarelawan orang asli telah memberi keterangan.
Bagaimanapun, setakat ini pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada wujud kesalahan berkaitan Akta Pilihan Raya.
Kru Kabin Malindo Air Ditahan Polis Australia
Malindo Air sahkan seorang daripada kru kabinnya ditahan Polis Australia pada 7 Januari lalu kerana dipercayai terlibat dengan kes dadah.
Pihaknya sedia berkerjasama dengan pihak berkuasa Australia berhubung kes itu dan kru berkenaan telah digantung tugas serta merta
Dalam kes itu, seramai lapan suspek termasuk dua wanita ditahan kerana dipercayai sindiket seludup dadah gunakan kru kabin.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca