← Back to list
Ada keperluan untuk lupuskan yuran pendaftaran MRSM bagi keluarga berpendapatan rendah.
Jan 14, 2019
Cadangan untuk lupuskan yuran pendaftaran MRSM bagi pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dilihat wajar dilaksanakan.
Bagaimanapun, jelas Pemangku Presiden Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia kepada Berita Harian, cadangan itu perlu dikaji dengan mendalam.
Terdahulu, MARA beri kelonggaran kepada pelajar daripada golongan B40 untuk tangguh atau bayar yuran pendaftaran MRSM secara ansuran.
Pihaknya turut memperkenalkan Program Bantuan Untuk Pendidikan Mara, BUDI dalam usaha membantu golongan pelajar miskin tegar.
Kementerian Pembangunan Luar Bandar sasar untuk bina dan baiki hampir 9,000 unit PPRT tahun ini!
Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata program tersebut akan memanfaatkan kira-kira 44 ribu penduduk seluruh negara.
Dalam pada itu, pihaknya juga akan kemaskini data e-kasih dan senarai penerima rumah tersebut, agar ianya diberikan kepada golongan yang layak sahaja.
Kematian Aariz Harraz Zahin Azman diklasifikasikan sebagai kes bunuh.
Polis Sarawak klasifikasikan semula kes pengasuh wanita yang disyaki dera bayi di Sibu sebagai kes bunuh!
Ini selepas mangsa berusia 9 bulan yang berada dalam keadaan kritikal meninggal dunia semalam.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca