← Back to list
Pelajar MRSM daripada golongan B40 diberi kelonggaran bayar yuran secara ansuran.
Jan 13, 2019
MARA beri kelonggaran kepada pelajar daripada golongan B40 untuk tangguh atau bayar yuran pendaftaran MRSM secara ansuran.
Yuran pendaftaran bagi pelajar baru Tingkatan 1 dan 4 untuk kemasukan ke MRSM 2019 sebanyak RM342 dengan sebahagian besarnya adalah untuk tampung aktiviti pelajar sepanjang pembelajaran mereka.
Pihaknya turut memperkenalkan Program Bantuan Untuk Pendidikan Mara, BUDI dalam usaha membantu golongan pelajar miskin tegar.
Jabatan Keselamatan Jalan Raya kaji cadangan hadkan lorong kiri untuk pengguna motosikal.
Jabatan Keselamatan Jalan Raya kini kaji cadangan untuk hadkan lorong kiri jalan raya khusus buat pengguna motosikal.
Ia susulan statistik tahun lalu yang menunjukkan lebih 60 peratus kemalangan maut lalu lintas melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.
Seorang lelaki maut dengan 14 tikaman di badan.
Seorang lelaki ditemui maut dengan 14 kesan tikaman di badannya di sebuah flat di Bukit Mertajam.
Foto: Kosmo
Polis P.Pinang berkata mangsa merupakan pembekal pekerja asing warga Myanmar kepada beberapa buah kilang di kawasan Bukit Tengah.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca