← Back to list
Sultan Johor Pandu Proton Saga Hantar Tun M
Jan 11, 2019
Pertemuan Sultan Johor dan Perdana Menteri semalam ternyata membuatkan netizen dan rakyat teruja!
Manakan tidak, ia kali pertama Tun Dr Mahathir Mohamad diterima menghadap Sultan Johor selepas beliau kembali menjadi Perdana Menteri pada Mei lepas.
Malah ia juga dikatakan pertemuan pertama mereka dalam tempoh 20 tahun.
Ujar Perdana Menteri, pada pertemuan selama lebih sejam itu mereka membincangkan pelbagai perkara termasuk permasalahan rakyat.
Namun ujar Tun M, isi perbincangan biarlah diketahui mereka sahaja sambil memaklumkan perjumpaan itu bukan mengenai pelantikan Yang di-Pertuan Agong.
Turut menarik perhatian, Sultan Ibrahim juga berkenan hantar Tun M ke lapangan terbang dengan memandu sendiri kereta Proton Saga pertama yang berusia 34 tahun.
Foto berkenaan dikongsi di laman Facebook dan Instagram rasmi baginda yang kini tular dan disambut baik rakyat.
Foto : Facebook dan Instagram rasmi Sultan Johor
Oleh: Joen Hamzah
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca