← Back to list
Perokok Pun Ada Hak
Jan 04, 2019
Perokok pun ada hak.
Oleh kerana Malaysia negara demokrasi maka menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, kerajaan mungkin sediakan tempat khas untuk mereka.
Beliau membayangkan model pelaksanaannya boleh jadi seperti Korea Selatan, Jepun atau beberapa lagi negara lain.
Menurut Datuk Seri Dr Dzulkefly lagi, kajian mengenainya akan dilakukan dan mungkin kemudahan itu akan wujud selepas 6 bulan dari sekarang.
Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Kesihatan Selangor puji tindakan seorang pekerja sebuah restoran yang menegur pelanggan yang ingkar larangan merokok.
Dia berani menegur perbuatan salah itu walaupun ia mengakibatkan dia ditampar pelanggar terbabit yang tidak berpuas hati.
Polis Selangor kini minta 3 suspek yang terlibat dalam insiden berkenaan tampil beri keterangan.
Oleh: Joen Hamzah
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca